»

Blog Walking Lists

Follower n Mollower

13 August 2010

Mengantuk Selepas Berbuka???



Rasa mengantuk selepas berbuka puasa?? Rasa malas nak pergi solat Terawih??Tahu kenapa ini berlaku?....sounds formal enuf…hehehe

Kalau kita rasa mengantuk selepas berbuka puasa/makan ketika office hour lunch break sebelum ni, terutama sekali selepas pekena sepinggan nasi dengan milo ais (fav aku sebenornya ni), means that… you’re NoRmaL!!!

Makan makanan manis menyebabkan otak kita menghasilkan sejumlah besar neurotransmitter, serotonin, yang membuat seseorang mengantuk secara semulajadi di malam hari.



Makan makanan manis atau yang dibuat dari tepung, seperti produk roti atau pasta, menyebabkan paras gula dalam darah naik lebih tinggi dari biasanya.
Hal ini menyebabkan pankreas melepaskan insulin dalam jumlah yang besar, yang membuatkan sejenis protein dipanggil tryptophan bertukar kepada serotonin yang akan buat kita rasa mengantuk.

Kita boleh menanagi masalah mengantuk terutama dalam time office hour dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan kanji.


Banyak orang boleh mengelakkan perasaan mengantuk selepas makan dengan menyekat makanan yang tinggi gula dan tepung. Ketika itu adalah penting bagi kita untuk waspada, makan makanan yang tidak menyebabkan kenaikan gula dalam darah tinggi, seperti salad sayuran, kacang, biji-bijian, daging, ikan atau ayam.

Apa pun tepuk dada Tanya selera…dan jangan malas untuk solat Terawih (ingatan untuk sendiri gak..hehe)

1 comment:

  1. gud info & selamat berbuka..
    so far belum pernah lama rasa mengantuk lepas makan... kerenah anak2 yg non-stop, terpaksa lah selalu alert

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails