»

Blog Walking Lists

Follower n Mollower

09 November 2010

Tips Menjimatkan Elektrik


Setiap kali tiba bil-bil kat rumah yang paling menjadi perhatian adalah bil elektrik..korang sama tak? Kalau bil air, astro, tm etc macam dah boleh agak tapi tang elektrik selalu terover limit..

Ini antara langkah-langkah yang boleh diamalkan bagi menjimatkan tenaga elektrik dan paling penting untuk mengurangkan bil elektrik rumah kita..

1. Pastikan tutup lampu sebelum tinggalkan bilik.

2. Turn off semua peralatan elektrik yang tidak digunakan (tv, computer, radio, stereo, video games, DVD player dll)

3. Apabila ingin meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama macam balik kampong, pastikan tutup semua suiz coz tenaga elektrik mengandungi fungsi stand by.

4. Pastikan tutup pintu dan tingkap apabila memasang air-con..(niey selalu malas nak bergerak…hehe)

5. Manfaatkan waktu siang untuk melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda menyalakan lampu..

6. Sebelum buka peti ais, dah tahu apa yang nak diambil. Anda hanya membazirkan elektrik setiap kali buka peti ais lama-lama..(sometimes peti ais jadi mainan comei tiap kali dia nangis untuk proses memujuk…kena cari alternative lain pas ni)

7. Jangan terus masukkan makanan panas ke dalam peti sejuk.

8. Rajin-rajinkan diri menanam pokok-pokok tepi kawasan rumah bagi meneduhkan dan menyejukkan rumah so no need kipas or air-con..breathe the fresh air…





Related Posts with Thumbnails