»

Blog Walking Lists

Follower n Mollower

24 November 2010

Bahana Alam Siber

Kiter selalu dengar atau ada yang telah mengalaminya sendiri...iaitu penipuan di alam maya. Samaada melalui IM, SCAM dan segala macam lagi...

Kenapa ini semua boleh berlaku...so untuk n3 kali ni chiky nak kongsikan sedikit info berguna bagi melindungi diri kiter semua dari menjadi mangsa jenayah siber...



Pertama
Jangan dedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, no telefon, maklumat kewangan dan sebagainya sewenang-wenang.

Kedua
Memilih kenalan...jangan mudah percaya kepada seseorang yang baru dikenali coz ini lah punca kepada kejadian rogol, rompak, penipuan dll.

Ketiga
Jangan sesekali klik pada pautan(link) atau menerima atau memasang perisian daripada sumber/orang yang tidak dikenali kecuali setelah merujuk kepada yang arif.

Keempat
Aktifkan fungsi privasi untuk membolehkan hanya orang-orang tertentu sahaja boleh akses...yang niey bergantung pada diri masing2 lah...

Inilah hakikat yang kita berpaksa terima...the price that we have to pay for the development...setiap kebaikan akan terselit jua keburukan yang perlu kepada pemikiran dan pertimbangan yang waras sebelum melakukan sebarang tindakan...

p/s : ada nak nasi tambah..sila-sila jangan segan2 okies...

Related Posts with Thumbnails