»

Blog Walking Lists

Follower n Mollower

25 October 2010

KehiDuPan PerLu DiTerusKan

Jambatan menjadi tempat berteduh.. 3 beranak termasuk 2 rakan telah 5 bulan menjadikan jambatan Lebuh Raya Timur-Barat sebagai tempat berlindung. Yang paling menyayat hati apabila mengenangkan nasib kanak-kanak yang baru berusia setahun 5 bulan. Dengan keadaan sekeliling dan makan minum yang tidak menentu dan berkhasiat...



Menurut Hazmain (bapa, 28 tahum) mereka tiada pilihan lain, selain daripada tinggal di bawah jambatan selepas dihalau pemilik rumah yang disewanya dengan harga RM200 di Sungai Besi, di sini lima bulan lalu.

Nasib malang keluarga Hazmain dan dua rakannya itu mendapat perhatian Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh dan Exco Pemuda Umno Sabah, Mohd Gasing Saling ‘turun padang’ menghulurkan bantuan.

Jika anda masih ingat dengan satu lagi kisah sedih sekeluarga yang tinggal di bawah rumah yang dulunya dijadikan reban ayam di Kota Bharu.



Ini antara kisah kehidupan yang begitu menyayat hati yang discovered je berapa ramai lagi yang masih meneruskan kehidupan mereka dalam serba kedaifan.. for me akan menjadi lebih-lebih lagi kalau melihatkan anak-anak yang masih kecil yang hanya ingin bebas bermain macam kanak-kanak lain..

So ingatlah, kalau kita rasa kita orang yang paling malang, ada lagi yang lebih malang nasib mereka...


Related Posts with Thumbnails